Friday, February 17, 2012

jangan biarkan saya di dalam kegelapan....

seseorang yang dekat di hati menegur ayat-ayat bahasa ibunda yang telah ku gunakan untuk mesej pendek di telefon pintar ku.... tiada salahnya ayat itu, cuma dia merasakan ianya agak janggal terutama apabila penghantar mesej itu adalah diriku. lebih-lebih lagi apabila dia tahu bahawa aku menterjemahkan mesej itu ke bahasa ibunda setelah memikirkan ayat-ayat sesuai yang ingin di sampaikan di dalam bahasa inggeris... 

adakah menjadi satu kesalahan apabila ku berfikir di dalam bahasa inggeris walaupun bahasa ibunda ku bukanlah bahasa inggeris? adakah ayat-ayat itu terlalu kasar bunyinya kerana ianya adalah terjemahan secara terus? (dia telah menuduhku menggunakan google translate.... cissss!!!)

sila lah lihat tajuk itu, dan apakah yang anda rasa saya fikirkan?

saya tetap merasakan bahasa saya adalah seorang melayu yang sangat melayu walaupun saya mengaku bahawa saya berfikir dengan lebih lancar di dalam bahasa inggeris.  ayat-ayat yang saya gunakan seharian terutamanya apabila saya marah adalah bahasa inggeris, tetapi saya masih tetap seorang melayu..... wanita melayu "MULIA"! (chewahh!)

Thursday, February 9, 2012

Oh Bulan (Part 2)

Oh bulan
Rindukah kau padaku
Bilaku tiada di sisi mu
Atau ku cuma unggas malam
Pungguk rindukan bulan

Oh bulan
Aidai kata ku miliki alam
Maukah kau bisikkan madah rindu
Atau ku cuma unggas malam
Pungguk rindukan bulan

Di kala ini
Cahaya mu yang menyinari
Buatku rasa lemas kerdil sekali
Apakah aku masih tidak mengerti
Yang kau bulan
Hanya singgah di mimpi
Yang esok mungkin tiada lagi
Lenyap di sebalik awan kelam

Oh bulan
Aku cuma ingin memiliki
Sejenak sinarmu di pipi
Atau ku cuma unggas malam
Pungguk rindukan bulan



Tuesday, February 7, 2012

oh bulan

oh bulan
sudikah kau temani aku
bila aku keseorangan

oh bulan
sudikah kau dengari aku
bila tiada yang mahu

oh bulan
sudikah kau fahami aku
bila tiada yang peduli

aku tahu
kau akan ada di situ
menemani aku
mendengari aku
memahami aku

tetapi mengapa
aku merasa terlalu pilu?


Monday, February 6, 2012

nasik lemak buah bidara kota metropolis (bab 2)

"ehhh mana Sexy Foxy ehh lama tak lepak ngan kita?" kata si tupai rentung pada si kuda belang grey putih. "entah aaa, aku tatau tapi setau aku lahhh, semenjak dia baik dengan si badak yang keji tu, dia memang berubah sesangat...." kata si kuda belang grey putih sambil membetulkan cermin matanya yang asyik terlurut.  Si arnab ala tomey-tomey mengangguk-anggukkan kepalanya tanda setuju.

Mereka mengeluh kerana semenjak tiadanya Sexy Foxy, group mereka dah kurang happening, kurang meletops, kurang fun.... Padahal masa dia ada pun, takdelah sehappening mana pun sebenarnya.  Moral of the story, bila satu geng member takde, group boleh berpecah terutamanya kalau geng member tu adalah velcro kepada semua member-member lain....

Sunday, February 5, 2012

nasik lemak buah bidara kota metropolis (bab 1)

pada satu zaman yang tidak berapa lama dulu, di pinggir sebuah kota metropolis tinggallah seekor badak yang keji yang perasan hensem. badak yang keji ini sukakan hiburan, sukakan pesona bintang.... perasan hensem la katakan.  badak yang keji ini, walaupun nampak hot dan rock, tapi fikirannya sedikit kolot.  dia juga rasa dirinya hebat seantaro dunia maka dirinya saja lah yang betul dan bagus......



nak di jadikan cerita, kerana keperasanan hensem itu maka, tergoda lah seekor serigala sexy foxy yang mencari-cari identiti diri....

sexy foxy ni.... dia educated, open-minded, very friendly dan sebagainya lah, sebab itulah nama pun sexy foxy. walaubagaimanapun, dia ni, kadangkala ada perasaan insecure sebab dia rasa dia not good enough la, suka sangat under rate dan sabotage diri sendiri.  dia ni memang sikit mental la, emo sesangat kekadang tu tak bertempat, tercari-cari cinta sebab dia ni kurang kasih sayang... itu dia katalah, dia kurang kasih sayang padahal ramai jer yang sayang kat dia ni, dia jer yang ngada-ngada kannnnnn!!!!!  dia juga agak naive, sebab dia rasa kalau dia baik dengan orang, orang akan baik dengan dia.  semua orang dalam dunia ni baik jer, sampai orang tu buat jahat kat dia maka barulah orang itu akan masuk kategori jahat....

tup, tup...

entah macamana, badak yang keji berjaya memikat hati sexy foxy.  sangat musykil sebab mereka memang sangat berlainan dan sangat tak mungkin untuk bersama.  mana taknya.... sorang memang tak penah kluar dari kubang lumpur busuk di pinggir kota metropolis tu, sorang lagi, emmmm dia memang agak kekotaan dari segi perwatakan, bodoh alang gak la kan, sebab ke"naive"an nya itu.



tup, tup....

mereka bersama. ya betul....

tup, tup....

Badak yang keji; "sayang.... since now you ni dengan I kan, and kalau you nak stay dengan I yang hensem ni kan, I taknak you berkawan lagi dengan kawan-kawan you yang ramai-ramai tu... kalau tidakkkkkkk........."

Sexy foxy pun berkata; "ala...... kenapa pulak you? kenapa tak boleh kawan dengan kawan-kawan I tu....?"

"You ni jangan nak melawan boleh tak, you ikut jer apa I cakap kalau u nak berkawan dengan badak yang hensem seantaro dunia ni ok? U kata u nak cari identiti diri you, so you ikut jer apa I kata.  Kalau tak you boleh blahhh, you cari la sendiri tak payah I ada dalam hidup you lagi;" kata si Badak dengan nada yang sungguh macam tak boleh blahhh.

Hairan bin ajaib bila si sexy foxy menurut kata dan perintah si badak yang keji.  Entah apa ilmu angin kentut yang dihembus dek si badak sampai si sexy foxy menurut pepatah nasik lemak buah bidara, sayang selasih saya turutkan, buang mak buang sedara kawan segala, kerana kasih saya turutkan.

sambung lain kali..... sebab saja lah... saya memang suka kan anti klimaks!
 

Friday, February 3, 2012

redha...

benci bila teringat kisah lalu
benci kenapa semuanya berlaku
tapi ini semua takdir aku tau
allah berikan hanya yang terbaik untukku....

redha

pasrah