seseorang yang dekat di hati menegur ayat-ayat bahasa ibunda yang telah ku gunakan untuk mesej pendek di telefon pintar ku.... tiada salahnya ayat itu, cuma dia merasakan ianya agak janggal terutama apabila penghantar mesej itu adalah diriku. lebih-lebih lagi apabila dia tahu bahawa aku menterjemahkan mesej itu ke bahasa ibunda setelah memikirkan ayat-ayat sesuai yang ingin di sampaikan di dalam bahasa inggeris...
adakah menjadi satu kesalahan apabila ku berfikir di dalam bahasa inggeris walaupun bahasa ibunda ku bukanlah bahasa inggeris? adakah ayat-ayat itu terlalu kasar bunyinya kerana ianya adalah terjemahan secara terus? (dia telah menuduhku menggunakan google translate.... cissss!!!)
sila lah lihat tajuk itu, dan apakah yang anda rasa saya fikirkan?
saya tetap merasakan bahasa saya adalah seorang melayu yang sangat melayu walaupun saya mengaku bahawa saya berfikir dengan lebih lancar di dalam bahasa inggeris. ayat-ayat yang saya gunakan seharian terutamanya apabila saya marah adalah bahasa inggeris, tetapi saya masih tetap seorang melayu..... wanita melayu "MULIA"! (chewahh!)
No comments:
Post a Comment