Sunday, February 5, 2012

nasik lemak buah bidara kota metropolis (bab 1)

pada satu zaman yang tidak berapa lama dulu, di pinggir sebuah kota metropolis tinggallah seekor badak yang keji yang perasan hensem. badak yang keji ini sukakan hiburan, sukakan pesona bintang.... perasan hensem la katakan.  badak yang keji ini, walaupun nampak hot dan rock, tapi fikirannya sedikit kolot.  dia juga rasa dirinya hebat seantaro dunia maka dirinya saja lah yang betul dan bagus......



nak di jadikan cerita, kerana keperasanan hensem itu maka, tergoda lah seekor serigala sexy foxy yang mencari-cari identiti diri....

sexy foxy ni.... dia educated, open-minded, very friendly dan sebagainya lah, sebab itulah nama pun sexy foxy. walaubagaimanapun, dia ni, kadangkala ada perasaan insecure sebab dia rasa dia not good enough la, suka sangat under rate dan sabotage diri sendiri.  dia ni memang sikit mental la, emo sesangat kekadang tu tak bertempat, tercari-cari cinta sebab dia ni kurang kasih sayang... itu dia katalah, dia kurang kasih sayang padahal ramai jer yang sayang kat dia ni, dia jer yang ngada-ngada kannnnnn!!!!!  dia juga agak naive, sebab dia rasa kalau dia baik dengan orang, orang akan baik dengan dia.  semua orang dalam dunia ni baik jer, sampai orang tu buat jahat kat dia maka barulah orang itu akan masuk kategori jahat....

tup, tup...

entah macamana, badak yang keji berjaya memikat hati sexy foxy.  sangat musykil sebab mereka memang sangat berlainan dan sangat tak mungkin untuk bersama.  mana taknya.... sorang memang tak penah kluar dari kubang lumpur busuk di pinggir kota metropolis tu, sorang lagi, emmmm dia memang agak kekotaan dari segi perwatakan, bodoh alang gak la kan, sebab ke"naive"an nya itu.



tup, tup....

mereka bersama. ya betul....

tup, tup....

Badak yang keji; "sayang.... since now you ni dengan I kan, and kalau you nak stay dengan I yang hensem ni kan, I taknak you berkawan lagi dengan kawan-kawan you yang ramai-ramai tu... kalau tidakkkkkkk........."

Sexy foxy pun berkata; "ala...... kenapa pulak you? kenapa tak boleh kawan dengan kawan-kawan I tu....?"

"You ni jangan nak melawan boleh tak, you ikut jer apa I cakap kalau u nak berkawan dengan badak yang hensem seantaro dunia ni ok? U kata u nak cari identiti diri you, so you ikut jer apa I kata.  Kalau tak you boleh blahhh, you cari la sendiri tak payah I ada dalam hidup you lagi;" kata si Badak dengan nada yang sungguh macam tak boleh blahhh.

Hairan bin ajaib bila si sexy foxy menurut kata dan perintah si badak yang keji.  Entah apa ilmu angin kentut yang dihembus dek si badak sampai si sexy foxy menurut pepatah nasik lemak buah bidara, sayang selasih saya turutkan, buang mak buang sedara kawan segala, kerana kasih saya turutkan.

sambung lain kali..... sebab saja lah... saya memang suka kan anti klimaks!
 

No comments:

Post a Comment